Junjungan besar terhadap Nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W sentiasa mengamalkan 7 cara untuk sihat dalam kehidupan seharian Baginda. Kita bukan sahaja boleh menjadi sihat, malah dapat pahala kerana mengamalkan sunnah Baginda. Jadi, jom menambah ilmu dan beramal! ^_^
7 Cara Sihat Rasulullah
1- Selalu bangun sebelum Subuh.
Rasulullah SAW selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum Subuh, melaksanakan solat sunat dan solat Fardhu, solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberikan hikmah seperti:
-Berlimpah pahala daripada Allah.
-Kesegaran udara Subuh yang menyegarkan dan dapat menyembuhkan penyakit seperti TB.
-Memperkuat fikiran dan menyihatkan perasaan.
2- Aktif menjaga kebersihan.
Rasulullah SAW selalu dalam keadaan rapi dan bersih, tiap hari Khamis atau Jumaat, Baginda sering mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.
"Mandi pada hari Jumaat adalah utama bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai haruman."
3- Tidak pernah banyak makan.
Sabda Rasulullah SAW,
"Kami adalah sebuah kau yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan, kami tidak akan makan terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan)" - Muttafaq Alaih
Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda:
=Sepertiga untuk udara.
=Sepertiga untuk minuman.
=Dan sepertiga untuk makanan.
Bahkan ada satu tharbiyyah khusus untuk umat Islam dengan adanya puasa Ramadan untuk menyeimbangkan kesihatan.
4- Gemar berjalan kaki.
Rasulullah SAW sering berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.
5- Tidak pemarah.
Nasihat Rasulullah SAW, "Jangan marah" diulangi sebanyak 3 kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah semata, tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesihatan jiwa.
Terdapat inisiatif untuk mengelak marah:
* Apabila seseorang itu marahnya dalam keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk. Jika marahnya dalam keadaan duduk, maka hendaklah dia berbaring.
*Sentiasa berwudhu'.
*Membaca Ta'auwwudz, kerana marah itu daripada syaitan.
*Solat 2 rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan gundah hati.
6- Optimis dan tidak marah.
Sikap optimis akan memberikan psikologis yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqamah dan bekerja keras, serta tawakkal kepada Allah Yang Esa.
7- Tidak pernah iri hati.
Untuk menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.
Ya Allah, bersihkanlah hatiku daripada sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.
"Demi masa, sesungguhhnya manusia berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan saling menasihati dalam kebenaran." -QS Al Ahr.
"Selamat beramal!" ^_^\/
No comments:
Post a Comment