I –
KEADAAN-KEADAAN HARI MAHSYAR
1.
Manusia semuanya berkumpul dengan berkaki ayam dan
bertelanjang.
Riwayat
Syaikhati daripada ‘Aisyah r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w
bersabda:
Manusia pada
hari mahsyar akan dikumpulkan dengan berkaki ayam dan bertelanjangan tanpa
secebis pakaian (bertelanjang bulat), maka ‘Aisyah berkata: “Aku bertanya,
lelaki dan perempuan semuanya dapat melihat (kemaluan) setengah mereka kepada
setengah yang lain?” Sabda Rasulullah s.a.w: “Perkara yang amat dahsyat ketika
itu menjadikan mereka tidak mementingkan perkara itu.”
2.
Matahari menghampiri kepala-kepala makhluk.
Diriwayatkan
oleh Muslim daripada al-Muqdam r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w
bersabda:
Matahari
akan menghampiri makhluk pada hari kiamat sehingga jadilah mereka yang jaraknya
(dengan matahari) pada kadar satu batu. Maka adalah manusia pada ketika itu di
dalam peluh mengikut kadar amalan mereka, maka sebahagian daripada mereka sampai
kepada buku lali, dan daripada mereka ada yang sampai kepada betis, dan ada juga
sebahagian daripada mereka sampai ke pusat, dan kedapatan juga daripada mereka
yang ditenggelami oleh peluh keseluruhannya, dan Rasulullah s.a.w
telah menunjukkan kepada mulutnya.
3.
Bumi menjadi saksi kepada hamba di atas segala amalan yang
telah dilakukannya.
Diriwayatkan
daripada Ibnu Hibban di dalam sahihnya daripada Abi Hurairah berkata: Rasulullah
s.a.w telah membaca ayat ini:
“Pada hari
itu bumi menceritakan beritanya.”
Kemudian
baginda bersabda:
“Apakah kamu
mengetahui apakah beritanya?” Para sahabat berkata: “Allah dan Rasulnya yang
lebih mengetahui.” Maka sabda Rasulullah s.a.w: “Maka sesungguhnya beritanya itu
ialah penyaksian ke atas setiap hamba lelaki dan hamba perempuan dengan apa yang
telah dikerjakannya di atas muka bumi, (iaitu daripada kebaikan dan kejahatan)
ia berkata: Amalan ini begini dan begini…”
4.
Tempat, di mana seseorang itu tidak akan mengingati lagi seseorang yang lain.
Riwayat Abu
Daud dan Hakim daripada ‘Aisyah r.a berkata:
“Aku
mengingati neraka kemudian aku menangis, maka bertanya Rasulullah s.a.w: “Apakah
yang menyebabkan engkau menangis?” Aku berkata: “Aku mengingati neraka lalu aku
menangis, maka adakah kamu akan mengingati ahli kamu pada hari kiamat?” Maka
sabda Baginda: “Adapun pada tiga tempat, maka tiada seseorang pun yang akan
mengingati seseorang yang lain.
Pertama:
Ketika di sisi timbangan sehinggalah diketahui apakah timbangannya itu ringan
atau berat?
Keduanya:
Ketika buku catatan (suhuf) itu berterbangan mencari tuannya. Sehinggalah
diketahui di manakah jatuhnya buku catatan tersebut, sama ada di kanan, di kiri
atau di belakangnya?
Ketiga: Di
sisi titian sirat. Apabila telah diletakkan di antara dua tebing neraka jahanam,
sehinggalah ia telah dapat menyeberanginya dengan selamat.
5.
Penyaksian anggota terhadap apa yang telah di kerjakan oleh
setiap hamba-Nya.
Muslim
meriwayatkan daripada Anas berkata:
Adalah kami
di sisi Rasulullah s.a.w, kemudian baginda ketawa lalu bersabda:
“Adakah kamu
mengetahui tentang apakah yang telah berlaku aku ketawakan tadi?” Kami berkata:
“Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Tentang perbicaraan
hamba dengan Tuhan-Nya. Maka kata hamba: “Wahai Tuhan, apakah engkau tidak akan
menyelamatkanku
daripada kezaliman?”
Allah berfirman: “Bahkan!” Maka berkata pula hamba: “Sesungguhnya aku tidak akan
membiarkan pada hari ini seseorang pun menjadi saksi ke atas diriku kecuali
diriku sendiri.” Maka firman Allah kepadanya: “Cukuplah dengan diri engkau pada
hari ini sebagai saksi dan
Kiraman Klatibin akan
menyaksikannya.” Kemudian sabda Rasulullah s.a.w. “Maka lalu di kuncilah
mulutnya (hamba), dan dikatakanlah kepada anggota-anggotanya “Bercakaplah,” lalu
anggota-anggota itupun menceritakanlah segala amalan yang dilakukan oleh
tuannya, kemudian di biarkan hamba itu pula bercakap, maka katanya:
“Celakalah
kamu semua (anggota), padahal aku telah berjuang untuk mempertahankan kamu
(semasa hidup di dunia).”
Ini semua
telah dijejaskan dalam surah Yasin:65
“Pada hari
ini Kami tutup mulut mereka dan bercakaplah kepala, tangan mereka dengan kami
mereka menaik saksi atas apa yang mereka lakukan.”
II –
KEADAAN-KEADAAN AHLI NERAKA
1.
Neraka jahanam yang hitam gelap.
Tarmizi,
Ibnu Majah dan Baihaqi meriwayat kan daripada Abu Hurairah, daripada Nabi s.a.w
bersabda:
“Api neraka
telah dinyalakân selama seribu tahun, sehingga merah,
kemudian dilanjutkan
seribu tahun sehingga putih, kemudian dilanjutkan
seribu tahun lagi
sehingga hitam gelap, bagaikan malam yang gelap kelam.
2.
Apa yang berlaku di lembah jahanam.
Ibnu Majah,
dan Tarmizi dan Tabrani me riwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a daripada Nabi
s.a.w bahawasanya Baginda bersabda: “Sesungguhnya di dalam neraka jahanam itu
suatu lembah yang mana neraka jahanam meminta perlindungan daripada lembah
tersebut sebanyak 400 kali, yang disediakan untuk mereka yang sentiasa membantah
daripada umat Nabi Muhammad s.a.w.”
3.
Bagaimana dalamnya dasar jahanam.
Muslim
meriwayatkan daripada Khalid ibnu Umair berkata: telah berkhutbah ‘Utbah bin
Ghazwan r.a, maka ia berkata:
“Sesungguhnya telah
diceritakan kepada kami bahawasanya seketul batu telah dicampakkan dan pada
tebing neraka jahanam, maka ia telah menenggelami ke dalamnya selama 70 tahun
baharulah sampai kepada dasarnya, demi Allah ia akan dipenuhi Apakah kamu tidak
takjub?”
4.
Barang Yang ditempa oleh ahli neraka.
Ahmad, Abu
Ya’Ja dan Hakim meriwayatkan daripada Nabj s.a.w bersabda:
“Kalaulah
sekiranya ditempa daripada sedikit besi neraka jahanam lalu diletakkan di atas
bumi, maka berkumpullah sekelian manusia dan jin untuk memindahkannya akan
tetapi ianya tidak akan mampu untuk dipindahkan.”
5.
Buruknya rupa ahli neraka:
Ibnu Abi
Dunya meniwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amru r.a. berkata:
“Kalaulah
sekiranya seseorang lelaki daripada ahli neraka dikeluarkan ke dunia maka
matilah penduduk dunia lantaran pemandangannya yang menggerunkan, dan baunya
amat busuk.”
Kemudian
Abdullah menangis dengan tangisan yang kuat sekali.
6.
Minuman ahli neraka:
Ahmad,
Tarmizi dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abi Umamah r.a. daripada Nabi s.a.w
dalam menjelaskan firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Dia akan
diberi minum dengan air nanah, di minumnya air nanah itu.”(Ibrahim:
16-17)
Sabda
Baginda:
“Akan dihampirkan
kepada mulutnya, maka apabila sudah dekat kepadanya maka hanguslah mukanya, dan
apabila diletakkan di hadapannya maka tanggalkan kulit kepalanya, maka apabila
ia telah meminumnya maka putuslah tali perutnya sehinggalah keluar daripada
duburnya.
Firman
Allah:
“Dan diberi air yang
mendidih sehingga memotong-motong usus mereka (taliperut).” (Muhammad:
15)
dan
firman-Nya
“Dan jika mereka
meminta minum nescaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang
mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk.” (al-Kahfi
29)
7.
Makanan ahli neraka.
Tarmizi,
Nasa’i dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawasanya Nabi
s.a.w telah membaca ayat ini:
“Hai
orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa
kepadanya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan kamu
beragama Islam.” (Ali-Imran: 102)
Maka
sabda Rasulullah s.a.w.:
“Kalaulah sekiranya
setitik biji zakum itu menitis ke atas permukaan bumi ini nescaya akan binasalah
kehidupan penduduk dunia, maka bagai manakah pula bagi sesiapa yang
menjadikannya sebagai makanan?”
8.
Besarnya ahli neraka:
Ibnu Majah
meriwayatkan daripada Nabi s.a.w bahawa ia bersabda:
“Sesungguhnya orang
kafir (di neraka itu) begitu besar sekali sehinggakan giginya pun sebagai mana
besarnya Bukit Uhud dan begitulah besarnya badannya pula ke atas giginya
sebagaimana besarnya tubuh seseorang kamu daripada giginya.
9.
Tangisan ahli neraka:
Ibnu Majah
dan Abu Ya’la meriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a berkata: Sabda Rasulullah
s.a.w:
“Akan
berterusanlah tangisan ahli neraka itu, maka mereka akan menangis sehingga
keringlah air mata, kemudian mereka akan menangis dengan tangisan darah pula
sehingga muka-muka mereka menjadi sebagaimana parit-parit, kalaulah sekiranya
dilayarkan kepadanya perahuperahu
maka akan
hanyut.
III
– KEADAAN-KEADAAN AHLI SYURGA
1.
Cukuplah mereka dengan penuh kebanggaan dan kemuliaan.
Di mana
Allah s.w.t telah menyediakan kepada mereka di dalam syurga
daripada perkara-perkara yang mata tidak pernah memandangnya, telinga juga
tidak pernah mendengar bahkan hati manusia tidak pernah
terlintas (terbayangkannya).
Syaikhan dan
selain keduanya meriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a berkata: Rasulullah
s.a.w. bersabda:
“Aku (Allah
s.w.t) telah menyediakan bagi hamba-hambaku yang salih perkara-perkara yang
tidak pernah dipandang oleh mata, dan tidak pernah telinga mendengarnya dan
tidak pernah terlintas oleh hati manusia, dan bacalah kalau kamu mahu firman
Allah s.w.t”:
“Sesungguhnya tidak
mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka (iaitu bermacam macam nikmat)
yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka
kerjakan.” (Al-Sajdah: 17)
2.
Cukuplah mereka dengan ketinggian dan kemuliaan yang berkekalan di dalamnya
selama lamanya.
Mereka tidak
akan terkena penyakit, tidak juga menjadi tua dan tiada sebarang tegahan
(sekatan).
Muslim dan
Tarmizi meriwayatkan daripada Abi Sa’id al-Khudri r.a berkata: Sabda Rasulullah
s.a.w
“Apabila
ahli syurga masuk dalam syurga maka kedengaranlah seruan daripada penyeru:
Sesungguhnya bagi kamu akan sentiasa sihat dan kamu tidak akan sakit
selama-lamanya, bagi kamu akan sentiasa hidup maka kamu tidak akan mati
selama-lamanya, bagi kamu akan sentiasa muda maka kamu tidak akan tua buat
selama-lamanya dan bagi kamu akan sentiasa mendapat nikmat kemewahan, maka kamu
tidak akan ditimpa kemiskinan (kesusahan) selama-lamanya.”
Begitulah
firman Allah azza wajalla:
“Dan diserukan kepada
mereka, ‘itulah syurga yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang kamu
kerjakan dahulu.” (Al-A’raf: 43)
3.
Cukuplah mereka daripada sebarang keinginan (iri hati) dan kenikmatan-kenikmatan
bagi mereka.
Tiada
sesuatu yang diberikan amat disukai dan dikasihi oleh mereka selain daripada
memandang kepada wajah Allah yang mulia.
Muslim,
Tarmizi dan Nasa’i meriwayatkan daripada Suhib r.a berkata: Sabda Rasulullah
s.a.w:
“Apabila
ahli syurga masuk ke dalam syurga maka berfirmanlah Allah azza wajalla: Kamu
hendak sesuatu maka aku akan tambahkan kepada karnu?” Maka mereka berkata:
“Apakah tidak putih (bercahaya) muka-muka kami? Apakah kami tidak masuk syurga?
Apakah kami tidak berjaya (lepas)
daripada neraka?”
Dikatakan: “Maka bukalah (singkaplah) hijab, maka tidak suatu perkara yang
diberikan paling disukai oleh mereka selain daripada memandang kepada Tuhan
mereka, kemudian bacalah firman Allah s.w.t ini.
“Bagi
orang-orang yang membuat baik ada pahala yang terbaik dan tambahannya.” (Yunus:
26)
Wallahu’alam….
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular!!!
-
kita belajar bersama hanya di alam maya kau login saja dan semua tersedia O.O.uwoo.uwoo hatiku rasa gembira, dan tak perlu pergi kelas tuis...
-
Bagaimana nak elak diri daripada mengumpat? 1. Kesedaran Kita mesti sedar bahawa mengumpat adalah perbuatan yang tidak disukai Allah. Ja...
-
Lirik lagu Khalimah Janji nyanyian Aiman Hakim & Ernie Zakri Tajuk lagu : Khalimah Janji Nyanyian : Aiman Hakim berduet dengan Ernie Za...
-
Bicara mimpi itu Mengheretku ke dasar Gelap tangannya menggapai tanganku Dan munculnya dirimu Di pinggir laman itu Hangatmu menyambutku kem...
-
Kuatkan radio, kuatkan radio anda Kuatkan radio, kuatkan radio Aku yang patut, yang patut Memberinya segala Kerna aku mampu Ya aku mampu Me...
No comments:
Post a Comment