1 | al-Rahman | الرحمن | Maha Pengasih |
2 | al-Rahim | الرحيم | Maha Penyayang |
3 | al-Malik | الملك | Maha Merajai/Memerintah |
4 | al-Quddus | القدوس | Maha Suci |
5 | al-Salam | السلام | Maha Memberi Kesejahteraan |
6 | al-Mukmin | المؤمن | Yang Memberi Keamanan |
7 | al-Muhaimin | المهيمن | Maha Pemelihara |
8 | al-Aziz | العزيز | Maha Gagah |
9 | al-Jabbar | الجبار | Maha Perkasa |
10 | al-Mutakabbir | المتكبر | Maha Megah, Yang Memiliki Kebesaran |
11 | al-Khaliq | الخالق | Maha Pencipta |
12 | al-Barik | البارئ | Yang Melepaskan (Membuat, Membentuk, Menyeimbangkan) |
13 | al-Musawwir | المصور | Yang Membentuk Rupa (makhluknya) |
14 | al-Ghaffar | الغفار | Maha Pengampun |
15 | al-Qahhar | القهار | Yang Memaksa |
16 | al-Wahhab | الوهاب | Maha Pemberi Kurnia |
17 | al-Razzaq | الرزاق | Maha Pemberi Rejeki |
18 | al-Fattah | الفتاح | Maha Pembuka Rahmat |
19 | al-Alim | العليم | Maha Mengetahui (Memiliki Ilmu) |
20 | al-Qabid | القابض | Yang Menyempitkan (makhluknya) |
21 | al-Basit | الباسط | Yang Melapangkan (makhluknya) |
22 | al-Khafid | الخافض | Yang Merendahkan (makhluknya) |
23 | al-Rafik | الرافع | Yang Meninggikan (makhluknya) |
24 | al-Muiz | المعز | Yang Memuliakan (makhluknya) |
25 | al-Muzil | المذل | Yang Menghinakan (makhluknya) |
26 | al-Samik | السميع | Maha Mendengar |
27 | al-Basir | البصير | Maha Melihat |
28 | al-Hakam | الحكم | Maha Menetapkan |
29 | al-Adl | العدل | Maha Adil |
30 | al-Latif | اللطيف | Maha Lembut |
31 | al-Khabir | الخبير | Maha Mengetahui Rahasia |
32 | al-Halim | الحليم | Maha Penyantun |
33 | al-Azim | العظيم | Maha Agung |
34 | al-Ghafur | الغفور | Maha Pengampun |
35 | al-Syakur | الشكور | Maha Pembalas Budi (Menghargai) |
36 | al-Ali | العلى | Maha Tinggi |
37 | al-Kabir | الكبير | Maha Besar |
38 | al-Hafiz | الحفيظ | Maha Menjaga |
39 | al-Muqit | المقيت | Maha Pemberi Kecukupan |
40 | al-Hasib | الحسيب | Maha Membuat Perhitungan |
41 | al-Jalil | الجليل | Maha Mulia |
42 | al-Karim | الكريم | Maha Pemurah |
43 | al-Raqib | الرقيب | Maha Mengawasi |
44 | al-Mujib | المجيب | Maha Mengabulkan |
45 | al-Wasik | الواسع | Maha Luas |
46 | al-Hakim | الحكيم | Maka Bijaksana |
47 | al-Wadud | الودود | Maha Pencinta |
48 | al-Majid | المجيد | Maha Mulia |
49 | al-Bais | الباعث | Maha Membangkitkan |
50 | al-Syahid | الشهيد | Maha Menyaksikan |
51 | al-Haq | الحق | Maha Benar |
52 | al-Wakil | الوكيل | Maha Memelihara |
53 | al-Qawi | القوى | Maha Kuat |
54 | al-Matin | المتين | Maha Teguh |
55 | al-Wali | الولى | Maha Melindungi |
56 | al-Hamid | الحميد | Maha Terpuji |
57 | al Muhsi | المحصى | Maha Menghitung |
58 | al-Mubdik | المبدئ | Maha Memulai |
59 | al-Muid | المعيد | Maha Mengembalikan Kehidupan |
60 | al-Muhyi | المحيى | Maha Menghidupkan |
61 | al-Mumit | المميت | Maha Mematikan |
62 | al-Hai | الحي | Maha Hidup |
63 | al-Qayyum | القيوم | Maha Mandiri |
64 | al-Wajid | الواجد | Maha Penemu |
65 | al-Majid | الماجد | Maha Mulia |
66 | al-Wahid | الواحد | Maha Esa |
67 | al-Ahad | الاحد | Maha Esa |
68 | al-Samad | الصمد | Tempat Meminta |
69 | al-Qadir | القادر | Maha Menentukan, Maha Menyeimbangkan |
70 | al-Muqtadir | المقتدر | Maha Berkuasa |
71 | al-Muqaddim | المقدم | Maha Mendahulukan |
72 | al-Muakhir | المؤخر | Maha Mengakhirkan |
73 | al-Awwal | الأول | Maha Awal |
74 | al-Akhir | الأخر | Maha Akhir |
75 | al-Zahir | الظاهر | Maha Nyata |
76 | al-Batin | الباطن | Maha Ghaib |
77 | al-Wali | الوالي | Maha Memerintah |
78 | al-Mutaali | المتعالي | Maha Tinggi |
79 | al-Bar | البر | Maha Penderma |
80 | al-Tawwab | التواب | Maha Penerima Taubat |
81 | al-Muntaqim | المنتقم | Maha Penyiksa |
82 | al-Afu | العفو | Maha Pemaaf |
83 | al-Rauf | الرؤوف | Maha Pengasih |
84 | Malik al-Mulk | مالك الملك | Penguasa Kerajaan (Semesta) |
85 | Zu al-Jalal wa al-Ikram | ذو الجلال و الإكرام | Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan |
86 | al-Muqsit | المقسط | Maha Adil |
87 | al-Jamik | الجامع | Maha Mengumpulkan |
88 | al-Ghani | الغنى | Maha Berkecukupan |
89 | al-Mughni | المغنى | Maha Memberi Kekayaan |
90 | al-Manik | المانع | Maha Mencegah |
91 | al-Dar | الضار | Maha Memberi Derita |
92 | al-Nafik | النافع | Maha Memberi Manfaat |
93 | al-Nur | النور | Maha Bercahaya (Menerangi, Memberi Cahaya) |
94 | al-Hadi | الهادئ | Maha Pemberi Petunjuk |
95 | al-Badik | البديع | Maha Pencipta |
96 | al-Baqi | الباقي | Maha Kekal |
97 | al-Waris | الوارث | Maha Pewaris |
98 | al-Rasyid | الرشيد | Maha Pandai |
99 | al-Sabur | الصبور | Maha Sabar |
99 nama allah tau....
seksaan neraka....
I –
KEADAAN-KEADAAN HARI MAHSYAR
1. Manusia semuanya berkumpul dengan berkaki ayam dan bertelanjang.
Riwayat Syaikhati daripada ‘Aisyah r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
Manusia pada hari mahsyar akan dikumpulkan dengan berkaki ayam dan bertelanjangan tanpa secebis pakaian (bertelanjang bulat), maka ‘Aisyah berkata: “Aku bertanya, lelaki dan perempuan semuanya dapat melihat (kemaluan) setengah mereka kepada setengah yang lain?” Sabda Rasulullah s.a.w: “Perkara yang amat dahsyat ketika itu menjadikan mereka tidak mementingkan perkara itu.”
2. Matahari menghampiri kepala-kepala makhluk.
Diriwayatkan oleh Muslim daripada al-Muqdam r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
Matahari akan menghampiri makhluk pada hari kiamat sehingga jadilah mereka yang jaraknya (dengan matahari) pada kadar satu batu. Maka adalah manusia pada ketika itu di dalam peluh mengikut kadar amalan mereka, maka sebahagian daripada mereka sampai kepada buku lali, dan daripada mereka ada yang sampai kepada betis, dan ada juga sebahagian daripada mereka sampai ke pusat, dan kedapatan juga daripada mereka yang ditenggelami oleh peluh keseluruhannya, dan Rasulullah s.a.w telah menunjukkan kepada mulutnya.
3. Bumi menjadi saksi kepada hamba di atas segala amalan yang telah dilakukannya.
Diriwayatkan daripada Ibnu Hibban di dalam sahihnya daripada Abi Hurairah berkata: Rasulullah s.a.w telah membaca ayat ini:
“Pada hari itu bumi menceritakan beritanya.”
Kemudian baginda bersabda:
“Apakah kamu mengetahui apakah beritanya?” Para sahabat berkata: “Allah dan Rasulnya yang lebih mengetahui.” Maka sabda Rasulullah s.a.w: “Maka sesungguhnya beritanya itu ialah penyaksian ke atas setiap hamba lelaki dan hamba perempuan dengan apa yang telah dikerjakannya di atas muka bumi, (iaitu daripada kebaikan dan kejahatan) ia berkata: Amalan ini begini dan begini…”
4. Tempat, di mana seseorang itu tidak akan mengingati lagi seseorang yang lain.
Riwayat Abu Daud dan Hakim daripada ‘Aisyah r.a berkata:
“Aku mengingati neraka kemudian aku menangis, maka bertanya Rasulullah s.a.w: “Apakah yang menyebabkan engkau menangis?” Aku berkata: “Aku mengingati neraka lalu aku menangis, maka adakah kamu akan mengingati ahli kamu pada hari kiamat?” Maka sabda Baginda: “Adapun pada tiga tempat, maka tiada seseorang pun yang akan mengingati seseorang yang lain.
Pertama: Ketika di sisi timbangan sehinggalah diketahui apakah timbangannya itu ringan atau berat?
Keduanya: Ketika buku catatan (suhuf) itu berterbangan mencari tuannya. Sehinggalah diketahui di manakah jatuhnya buku catatan tersebut, sama ada di kanan, di kiri atau di belakangnya?
Ketiga: Di sisi titian sirat. Apabila telah diletakkan di antara dua tebing neraka jahanam, sehinggalah ia telah dapat menyeberanginya dengan selamat.
5. Penyaksian anggota terhadap apa yang telah di kerjakan oleh setiap hamba-Nya.
Muslim meriwayatkan daripada Anas berkata:
Adalah kami di sisi Rasulullah s.a.w, kemudian baginda ketawa lalu bersabda:
“Adakah kamu mengetahui tentang apakah yang telah berlaku aku ketawakan tadi?” Kami berkata: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Tentang perbicaraan hamba dengan Tuhan-Nya. Maka kata hamba: “Wahai Tuhan, apakah engkau tidak akan menyelamatkanku
daripada kezaliman?” Allah berfirman: “Bahkan!” Maka berkata pula hamba: “Sesungguhnya aku tidak akan membiarkan pada hari ini seseorang pun menjadi saksi ke atas diriku kecuali diriku sendiri.” Maka firman Allah kepadanya: “Cukuplah dengan diri engkau pada hari ini sebagai saksi dan
Kiraman Klatibin akan menyaksikannya.” Kemudian sabda Rasulullah s.a.w. “Maka lalu di kuncilah mulutnya (hamba), dan dikatakanlah kepada anggota-anggotanya “Bercakaplah,” lalu anggota-anggota itupun menceritakanlah segala amalan yang dilakukan oleh tuannya, kemudian di biarkan hamba itu pula bercakap, maka katanya:
“Celakalah kamu semua (anggota), padahal aku telah berjuang untuk mempertahankan kamu (semasa hidup di dunia).”
Ini semua telah dijejaskan dalam surah Yasin:65
“Pada hari ini Kami tutup mulut mereka dan bercakaplah kepala, tangan mereka dengan kami mereka menaik saksi atas apa yang mereka lakukan.”
II – KEADAAN-KEADAAN AHLI NERAKA
1. Neraka jahanam yang hitam gelap.
Tarmizi, Ibnu Majah dan Baihaqi meriwayat kan daripada Abu Hurairah, daripada Nabi s.a.w bersabda:
“Api neraka telah dinyalakân selama seribu tahun, sehingga merah,
kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian dilanjutkan
seribu tahun lagi sehingga hitam gelap, bagaikan malam yang gelap kelam.
2. Apa yang berlaku di lembah jahanam.
Ibnu Majah, dan Tarmizi dan Tabrani me riwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a daripada Nabi s.a.w bahawasanya Baginda bersabda: “Sesungguhnya di dalam neraka jahanam itu suatu lembah yang mana neraka jahanam meminta perlindungan daripada lembah tersebut sebanyak 400 kali, yang disediakan untuk mereka yang sentiasa membantah daripada umat Nabi Muhammad s.a.w.”
3. Bagaimana dalamnya dasar jahanam.
Muslim meriwayatkan daripada Khalid ibnu Umair berkata: telah berkhutbah ‘Utbah bin Ghazwan r.a, maka ia berkata:
“Sesungguhnya telah diceritakan kepada kami bahawasanya seketul batu telah dicampakkan dan pada tebing neraka jahanam, maka ia telah menenggelami ke dalamnya selama 70 tahun baharulah sampai kepada dasarnya, demi Allah ia akan dipenuhi Apakah kamu tidak takjub?”
4. Barang Yang ditempa oleh ahli neraka.
Ahmad, Abu Ya’Ja dan Hakim meriwayatkan daripada Nabj s.a.w bersabda:
“Kalaulah sekiranya ditempa daripada sedikit besi neraka jahanam lalu diletakkan di atas bumi, maka berkumpullah sekelian manusia dan jin untuk memindahkannya akan tetapi ianya tidak akan mampu untuk dipindahkan.”
5. Buruknya rupa ahli neraka:
Ibnu Abi Dunya meniwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amru r.a. berkata:
“Kalaulah sekiranya seseorang lelaki daripada ahli neraka dikeluarkan ke dunia maka matilah penduduk dunia lantaran pemandangannya yang menggerunkan, dan baunya amat busuk.”
Kemudian Abdullah menangis dengan tangisan yang kuat sekali.
6. Minuman ahli neraka:
Ahmad, Tarmizi dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abi Umamah r.a. daripada Nabi s.a.w dalam menjelaskan firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Dia akan diberi minum dengan air nanah, di minumnya air nanah itu.”(Ibrahim: 16-17)
Sabda Baginda:
“Akan dihampirkan kepada mulutnya, maka apabila sudah dekat kepadanya maka hanguslah mukanya, dan apabila diletakkan di hadapannya maka tanggalkan kulit kepalanya, maka apabila ia telah meminumnya maka putuslah tali perutnya sehinggalah keluar daripada duburnya.
Firman Allah:
“Dan diberi air yang mendidih sehingga memotong-motong usus mereka (taliperut).” (Muhammad: 15)
dan firman-Nya
“Dan jika mereka meminta minum nescaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk.” (al-Kahfi 29)
7. Makanan ahli neraka.
Tarmizi, Nasa’i dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawasanya Nabi s.a.w telah membaca ayat ini:
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepadanya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan kamu beragama Islam.” (Ali-Imran: 102)
Maka sabda Rasulullah s.a.w.:
“Kalaulah sekiranya setitik biji zakum itu menitis ke atas permukaan bumi ini nescaya akan binasalah kehidupan penduduk dunia, maka bagai manakah pula bagi sesiapa yang menjadikannya sebagai makanan?”
8. Besarnya ahli neraka:
Ibnu Majah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w bahawa ia bersabda:
“Sesungguhnya orang kafir (di neraka itu) begitu besar sekali sehinggakan giginya pun sebagai mana besarnya Bukit Uhud dan begitulah besarnya badannya pula ke atas giginya sebagaimana besarnya tubuh seseorang kamu daripada giginya.
9. Tangisan ahli neraka:
Ibnu Majah dan Abu Ya’la meriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a berkata: Sabda Rasulullah s.a.w:
“Akan berterusanlah tangisan ahli neraka itu, maka mereka akan menangis sehingga keringlah air mata, kemudian mereka akan menangis dengan tangisan darah pula sehingga muka-muka mereka menjadi sebagaimana parit-parit, kalaulah sekiranya dilayarkan kepadanya perahuperahu
maka akan hanyut.
III – KEADAAN-KEADAAN AHLI SYURGA
1. Cukuplah mereka dengan penuh kebanggaan dan kemuliaan.
Di mana Allah s.w.t telah menyediakan kepada mereka di dalam syurga daripada perkara-perkara yang mata tidak pernah memandangnya, telinga juga tidak pernah mendengar bahkan hati manusia tidak pernah terlintas (terbayangkannya).
Syaikhan dan selain keduanya meriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Aku (Allah s.w.t) telah menyediakan bagi hamba-hambaku yang salih perkara-perkara yang tidak pernah dipandang oleh mata, dan tidak pernah telinga mendengarnya dan tidak pernah terlintas oleh hati manusia, dan bacalah kalau kamu mahu firman Allah s.w.t”:
“Sesungguhnya tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka (iaitu bermacam macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.” (Al-Sajdah: 17)
2. Cukuplah mereka dengan ketinggian dan kemuliaan yang berkekalan di dalamnya selama lamanya.
Mereka tidak akan terkena penyakit, tidak juga menjadi tua dan tiada sebarang tegahan (sekatan).
Muslim dan Tarmizi meriwayatkan daripada Abi Sa’id al-Khudri r.a berkata: Sabda Rasulullah s.a.w
“Apabila ahli syurga masuk dalam syurga maka kedengaranlah seruan daripada penyeru: Sesungguhnya bagi kamu akan sentiasa sihat dan kamu tidak akan sakit selama-lamanya, bagi kamu akan sentiasa hidup maka kamu tidak akan mati selama-lamanya, bagi kamu akan sentiasa muda maka kamu tidak akan tua buat selama-lamanya dan bagi kamu akan sentiasa mendapat nikmat kemewahan, maka kamu tidak akan ditimpa kemiskinan (kesusahan) selama-lamanya.”
Begitulah firman Allah azza wajalla:
“Dan diserukan kepada mereka, ‘itulah syurga yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang kamu kerjakan dahulu.” (Al-A’raf: 43)
3. Cukuplah mereka daripada sebarang keinginan (iri hati) dan kenikmatan-kenikmatan bagi mereka.
Tiada sesuatu yang diberikan amat disukai dan dikasihi oleh mereka selain daripada memandang kepada wajah Allah yang mulia.
Muslim, Tarmizi dan Nasa’i meriwayatkan daripada Suhib r.a berkata: Sabda Rasulullah s.a.w:
“Apabila ahli syurga masuk ke dalam syurga maka berfirmanlah Allah azza wajalla: Kamu hendak sesuatu maka aku akan tambahkan kepada karnu?” Maka mereka berkata: “Apakah tidak putih (bercahaya) muka-muka kami? Apakah kami tidak masuk syurga? Apakah kami tidak berjaya (lepas)
daripada neraka?” Dikatakan: “Maka bukalah (singkaplah) hijab, maka tidak suatu perkara yang diberikan paling disukai oleh mereka selain daripada memandang kepada Tuhan mereka, kemudian bacalah firman Allah s.w.t ini.
“Bagi orang-orang yang membuat baik ada pahala yang terbaik dan tambahannya.” (Yunus: 26)
Wallahu’alam….

jamuan klas 1 Gemilang

slm...semua....arinie Eva nk cite tentang kwan Eva yg satu nie dya BFF Eva yg suka mkn kuat tpi brat bdn x naik2...ish3....Dya slalu tolong Eva.....

maafkan aq sahabat
Tatkala aku dilanda kemurungan,
Engkau jualah yang berada di sampingku,
Mendengar luahan hati yang tersirat
Dikala dugaan itu tiba.
Sahabat jualah sebenarnya mengajar aku supaya kuat dan tabah,
Bukan kerana aku seorang yang lemah,bukan kerana aku tidak berdikari,
Tapi kerana aku memerlukan seorang sahabat yang benar-benar ikhlas
Walaupun aku menghina,menyusahkan dan selalu sahaja meminta pertolongan
Tetapi engkau memberi aku jawapan yang belum pernah aku mendengarnya sejak aku berkawan
Engkau berkata "Aku kan sahabat, akan selalu membantu jika kau dilanda masalah,tapi serahkan
segala-galanya kepada Allah. kerana Allah jualah yang memberi ketenangan"
Alangkah indahnya nilai sebuah persahabatan jika disulami dengan kebaikan
Maafkan aku sahabat jika selama ini aku selalu menyakitimu,
Namun begitu engkau tidak pernah membalas, apatah lagi cuba menyakitiku semula
Kau ukir senyuman dibibir dan masih memeluk erat diriku walaupun kau tahu aku bukanlah
sahabat yang baik.
Di saat aku dilanda kepayahan, engkau taburkan nasihat tanpa mengenal putus asa
Sedangkan aku, hanya tahu menyakiti hati dan memerlimu acap kali
Kini tiada gunanya tangisanku pada hari ini
Jika masa itu mampu diputar, akan aku tebus kembali kesilapanku kepadamu
mungkin Allah lebih menyayangimu
Tiada guna aku menyesali kesilapanku dulu
Jika engkau masih hidup di saat ini sahabat,hanya satu yang aku pinta
"Maafkan aku sahabat"
Semoga engkau tenang disana
kucing ku
slm...dk wat pa2...hehehe...jgn jwab tau Eva dah tau mesti tengah tengok blog Eva....kn3...hahaha....ari nie Eva ni cire tentang kucing Eva... nama dya * ABU* dah x tau nk letak nam apa dah....abu nie kucing yg comel n manja....Eva suka main n dya... biasa la kucing manja nama pn...dya baru brumur 1 thn...mak dya dah mati tau sedih tinggal dya sorang2...akak n abg dya pn mati gak...tu yg dya manja....
nie la abu....
kenduri rumah sepupu
slm...semua!!!!... lama x Eva x post some thing....hehehe... mna lama pon 3 hari jew....hari2 sepupu Eva ada wat kenduri....kenduru wat umah bru kt Eva x tau la sangat....semua sepupu2 Eva blik... best nyer dpt jumpa diorang....apa lgi bkn nk tolong org tua2 wat keja...nk tau x kami wat apa...hahaha... kmi tangkp gambar wat kenangan kami semua....nk tau x kt mane....kt blakang umah atuk....sebab nk lari dri wat keja...ahhh.... x yah wat keja ...itu yg kami jerit kt blakang uah atuk...yg best nye x de sape pn dengar.....

nie la kmi semua...
nie adq haziq comel x
raye thn lepas
slm...cihat??? Eva kt cyni cihat2 ja.....raye thn lepas sangat kenangan kmi sekeluarga....yg best nye bangun pagi raye mesti kena tengking n mk...sebab bangun lewat....tiap2 thn ayat yg sama...boring dengar... tpi thn lepas paling pelik sebab x kena marah langsung heran2... tpi nasib baik la hahaha.... klau x berdesing gak telinga 2...lepas solat macam biasa la kami ziarah kubur saudara mara yg dah meninggal dunia dan ziarah kubur abg(saiful adli)..huhuhu.... sedih nya sebab x sempat tengok abg..abg dah tinggal kn Eva..klau semua org x pa la gak tapi Eva ja yg x tengok abg masa abg pergi sebab Eva x lahir lagi....tahun nie 2012 dah 14 thn abg pergi tinggalkn kmi...sama umur dgn Eva...14 thn...lepas2 kmi pgi umah atuk...lepas braya dgn atuk kmi pn blik la nk unggu apa lgi.... ahahaa...pas2 apa lgi smbung tido la...ngantuk gila...dah sambung tido cita nie pon dah tido gak la.....hahaha...wa'slm.... zzzzzzzzzzzzzzzzz..........
pergi brcuti kt i-city
Slm semua slmat mlm...tngah wat pa2...sihat ke..Eva kt cnie cyhat2 jew...moga kwn2 kt sane cyhat2 sajew....minggu lepas eva g i-city tau best giler x tau nk g tau ape2 hahaha....Eva g ngan family+murid2 SKKS... Sebelum kami g sama kmi g pusing2 kl dlu masa2 Eva x la sronok sngat sbab dah bnyak kli Eva g sana.. cam biasa jew.... masa nk masuk i-city kami rasa cam nk masuk cepat2 nk tengok ada apa kt dlm2...tpi bla dah masuk rasa cam nk keluar cepat2 sebab sejuk sangat..... mana x nya kmi main ais2 wat x tau jew....dah la x pakai apa pn kt tangan....tengok nie gambar kami.....
nie keluar ga aq...
nie pn same la...
baju purple yg duduk2 kwan kak aq....
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular!!!
-
kita belajar bersama hanya di alam maya kau login saja dan semua tersedia O.O.uwoo.uwoo hatiku rasa gembira, dan tak perlu pergi kelas tuis...
-
Bagaimana nak elak diri daripada mengumpat? 1. Kesedaran Kita mesti sedar bahawa mengumpat adalah perbuatan yang tidak disukai Allah. Ja...
-
Lirik lagu Khalimah Janji nyanyian Aiman Hakim & Ernie Zakri Tajuk lagu : Khalimah Janji Nyanyian : Aiman Hakim berduet dengan Ernie Za...
-
Bicara mimpi itu Mengheretku ke dasar Gelap tangannya menggapai tanganku Dan munculnya dirimu Di pinggir laman itu Hangatmu menyambutku kem...
-
Kuatkan radio, kuatkan radio anda Kuatkan radio, kuatkan radio Aku yang patut, yang patut Memberinya segala Kerna aku mampu Ya aku mampu Me...